salam. maaf tertangguh penceritaan yang sepatutnya ditulis semalam, atas masalah teknikal oleh pihak Blogger. Jadi sy boleh mulakan dari ahri ke hari sehingga hari ke 9. ^^,
Perjalanan bermula sebaik sahaja tamat peperiksaan kertas Pharmacology pada Khamis 28 April 2011. Mengikut plan asal :
ke DELHI kemudian naik train ke JAMMU.
Okeh. Ingat tu.
Sampai ke Bangalore International Airport, urusan seperti biasa, check in flight GoAir. Dan, yang tak bagus pasal flight ni, ruang duduk sangat sempit. Lutut anda akan mencium kerusi hadapan. Sekejap takpe, ini 2 jam 30 minit.
Kisah flight bermula dengan baik. Take off dengan cemerlang dan Kassem di tengah perjalanan tertarik dengan iklan sunglass Polo.
"boleh try?"
"boleh.."
kassem pakai spec n stewardess tu ckp,
"sweet.."
tak fikir panjang, terus beli..~
Tiba di Delhi hampir jam 8 mlm, semua berjalan lancar. Cuma suhunya saja yang sgt panas dan berkuap. Mungkin 42 darjah.
Agenda seterusnya Stesen Keretapi Delhi. Train jam 1210am. Nak jimat? gunakan teksi berkupon. Bayar dulu baru naik. Kaunter nampak hebat. Ye la, polis yang control. Dalam airport lak tu. Bukan calang-calang teksi nh. Dah tempah, bayaran murah lak tu. Rs 250 untuk sejam perjalanan. *mood gembira.
dan, keluar dari airport, bahang menikam-nikam kulit. Uh, cepat cari teksi! boleh dapat a/c!
cari punya cari, tudiaa.. baik punya teksi.. patut murah~
uh.. memang gelak guling-guling lah masa tu. Tak kisah, nak gak cepat smpai, naik gak. fuhh~
Selepas sejam, baru sampai ke stsesen keretapi. tempat tu sangat sesak. Sungguh sesak. Express Andaman boarding time 1210. lambat lagi. ada 4 jam masa senggang.
tak nak membazir masa di tempat panas dan sesak tu, kami bersetuju untuk ke Karim's restaurant. Restoran daging kambing terbaik dan terkenal di Delhi. BBC dengan national Geographic kot bg accreditation. Stakat jalan-jalan cari makan, jauh macam langit dengan bumi.
Perjalanan ke Jama' Masjid kira-kira 30 min. Melalui kawasan perniagaan yang sangat kotor. Mungkin kawasan gudang. Tapi, suasana lorong yang bergelimpangan dengan orang tidur, sampah sarap dan air kumbahan melimpah, memang teruk. Tak ada gambar, sebab risau keselamatan.
Karim's restaurant, rembat special menu kat situ. Tandoori Ruun. Satu peha kaki biri-biri dibakar dan disalai. memang puas hati. Satu kaki Rs450. so, xde la mahal kan. makan 4 orang..
Dah setel semua, kembali ke stesen keretapi. Turun di situ dan terus mencari landasan yang sepatutnya. NO 5. Naik dari hujung, landasan bermula dengan NO 20.
Stesen tu ada 20 landasan untuk 20 keretapi yang berbeza laluan. Mengalahkan airport. Luas sangat. Pertama kali tengok so macam... ntah. dasyat betul stesen keretapi sini.
dah jumpa, nak naik dan keluar lagi masalah. Gerabak mana satu?? satu train Andaman express tu ada kira-kira 20 gerabak. Fuhh~ Jalan-jalan jap, tengok ada gerabak A/C. Haa.. ini mesti kita punya. Tanya orang kat dalam dia cakap BUKAN. Lagi belakang.
Cari punya cari, tup tup.. nah. Celah mana punya seat. Gerabak mcam jail. Sesak. Dalam gerabak tu da siap-siap katil. Bertingkat-tingkat. Macam katil kapal selam. Cuma tak selam je, kalo selam da lama semua mati sesak nafas. Cari katil, tak jumpe. Semua kena rembat. Memang dasar tak faham bahasa orang sini. Tiket satu keping seorang, bukan satu keping satu family. Memang la tak cukup seat. Rembat seat orang.
Akhirnya, dari sepatutnya 8 seat, dapat 4 seat. Terdengar cakap-cakap kosong berbunyi melayu,
"gile. mati 13 jam camnih"
sok sek sok sek sok sek..
akhirnya,
"jom turun cari transport lain. tak boleh tahan nih"
~
keluar aje dari gerabak tu, Fuhhh..~ terasa kenikmatan udara dan ruang lapang.
terus ke hotel mencari tempat bermalam. Sepanjang jalan, ada berurusan dengan beberapa agen untuk bertanya harga kenderaan sewa untuk kesana. tak kisah kendaraan apa kecuali Tempo Traveller. Itu tak ada dalam list ye. Maaf.
Dan akhirnya ada satu agent nih cakap dia boleh bg murah. dan diskaun untuk hotel jika sewa kereta dari dia. Ok set. Dah, gerak ke hotel. Hotel nak kena jalan kaki, terceruk dekat celah mana ntah. !0 minit baru sampai.
Dengan mengantuk, penat, nak mandi semua, mamat manager buat hal. Dia nak Passport untuk dia dipegang sebagai jaminan. Oh. mana boleh!
Tegang la sekejap. Last skali dia setuju untuk amik details passport jek, tak jadi pegang passport. Jam 3, baru masuk bilik.
Next post : DAY 2 - JOURNEY