PERNYATAAN HAKMILIK / COPYRIGHT STATEMENT

semua gambar yang mempunyai watermark '

©

Q Y R I L A N W A R' adalah hakmilik © Qyrilanwar CheZainol KECUALI dinyatakan. Sebarang muat turun dan penggunaan adalah DILARANG dan tertakluk kepada kebenaran pemilik. Terima kasih~

all images that have a watermark '© Q Y R I L A N W A R' are the title of © Qyrilanwar CheZainol, otherwise stated. Any downloading and use is prohibited and subject to the permission of the owner. Thank you ~

Saturday, May 7, 2011

TOUR 3 : PLACE TO VISIT

seterusnya adalah berkaitan dgn tempat lawatan di Kashmir.
secara amnya akan disenaraikan. Secara lengkap? apabila kisah dari hari ke hari dinukilkan.
insyaallah~

PATNITOP

jika anda menaiki kenderaan (kereta etc) melalui lebuhraya yang menghubungkan Jammu dan Kashmir, anda akan melalui satu bajaran atau kawasan pergunungan. Suhu ketika musim panas ialah sekitar 17 darjah di siang hari dan 10 darjah di malam hari. Terdapat beberapa tempat terutama di kawasan puncak untuk penginapan.

rate hotel : Rs 1300 semalam untuk sebuah bilik.

SRINAGAR - DAL LAKE

Dal lake terletak di tengah-tengah bandar Srinagar. tempat tarikan utama di Srinagar kebanyakannya berada di sekitar tebing tasik dan boleh dihubungi melalui shikara (bot kecil). terdapat pakej-pakej khas yg disediakan oleh pemilik shikara untuk menyusuri tasik.

Di hadapan tasik, terdapat deretan hotel yang boleh disewa. Harga adalah berbeza-beza.

Boat house juga terdapat di tasik ini. kadar adalah lebih murah berbanding hotel biasa.

SRINAGAR - LAL CHOWK

Ini adalah kawasan komersial terkenal di Kashmir. Dibahagikan kepad beberapa kawasan meliputi kawasan jualan barangan kulit, emas, perak dan lain-lain.

SRINAGAR - ALMOND PARK

Kawasan taman yg dibina dan menempatkan tugu besar ukiran khat 'Allah'. disekitar terdapat deretan pokok almond.
tiket : Rs 5

SRINAGAR - HAZRATBAL MOSQUE

Masjid tertua di Kashmir. terletak di tepi tasik Dal.

SRINAGAR - MOGHUL PARK

terletak kira-kira 5 km dari hazratbal mosque. terdapat kubu binaan maharaja Moghul yang sedang dibaikpulih.
bayaran masuk : Rs 10.

GULMARG
kawasan gunung yang bersalji walaupun ketika musim panas. Terletak kira kira 54 km dari Srinagar. Masa perjalanan kira-kira sejam. Di pertengahan jalan, ada tempat untuk menyewa pakaian sejuk dan boot. Jika musim panas, mungkin hanya boot yang diperlukan untuk mengelakkan kasut anda basah.
harga sewa : baju sejuk+boot : Rs 150. Boot sahaja : Rs 75.

terdapat gondola yang akan membawa anda ke base 1 untuk aktiviti ski. Terdapat base 2 tetapi hanya dibenarkan untuk org tempatan dan askar sahaja atas faktor keselamatan dan masalah kesihatan berikutan kekurangan oksigen.
harga tiket : Rs 300

untuk aktiviti berski, bayaran yang dikenakan ialah Rs1100. Jika tidak bermain ski, anda boleh meluangkan masa bermain ais dan bersantai.

PAHALGAM
Terdapat sungai berjeram dan aliran deras, sesuai untuk aktiviti rafting. bayaran dikenakan ialah Rs 700 per pax. setiap rakit memuatkan 6 orang. jadi, penuhkan atau anda perlu bayar ruang yang tidak dipenuhi.

lembah pahalgam, terletak 4 km dari jalan utama dan boleh ke sana dengan berjalan kaki dan mendaki, atau menunggang kuda yang disediakan. Horse riding adalah mengikut pakej dan bayaran mengikut tempat yang dituju. Untuk ke lembah pahalgam, Rs 550 dikenakan untuk setiap pelancong.



SONAMARG
Sumber gambar : http://s-roy-biswas.sulekha.com/blog/post/2008/04/sonamarg-the-meadow-of-gold.htm

tempat ini tidak dilawati oleh kami kerana kesuntukan masa. Mengikut orang tempatan, tenpat ini menyamai Gulmarg dan mempunyai glasier.

~

1 comment: