PERNYATAAN HAKMILIK / COPYRIGHT STATEMENT

semua gambar yang mempunyai watermark '

©

Q Y R I L A N W A R' adalah hakmilik © Qyrilanwar CheZainol KECUALI dinyatakan. Sebarang muat turun dan penggunaan adalah DILARANG dan tertakluk kepada kebenaran pemilik. Terima kasih~

all images that have a watermark '© Q Y R I L A N W A R' are the title of © Qyrilanwar CheZainol, otherwise stated. Any downloading and use is prohibited and subject to the permission of the owner. Thank you ~

Saturday, May 7, 2011

TOUR 1 : ANGGARAN PERJALANAN~

assalamualaikum

alhamdulillah, baru tiba dari Delhi semalam setelah 9 hari 'tour' Kashmir, sebauh wilayah di utara India. dan berfikir-fikir, macam menarik nak tulis travel log. Ye la kan, susah kot nak sampai sana. Dulu-dulu terbayang dalam cerita hindustan aje, kan sekarang dah pijak sendiri bumi Kashmir. boleh la nak bercerita suka-duka pengalaman dari hari pertama sehingga tamat program.

Sebelum cerita tentang pengalaman hari ke hari, mari mulakan dengan anggaran perbelajaan dan lain-lain kos yang dibelanjakan sepanjang jalan ke dan dari Kashmir.=)

ANGGARAN KOS
orang yang bertanggungjawab menguruskan 'plan' perjalanan kami ialah saudara kassem (mohd azwan bin aziz). berikut adalah perbelanjaan mengikut sektor tour kami.

TIKET
kami menggunakan jalan udara dan darat. Air tiada. (celah mana nak dpt laut? kwsan tengah India kot.)

PENERBANGAN
penerbangan dari Bangalore International Airport ke Delhi International Airport (return ticket)
RS 10 000 seorang*

penerbangan dari Delhi International Airport ke Srinagar International Airport, Kashmir. (return ticket)
Rs 7000 seorang.  *

KERETA API
jika tidak mahu menggunakan penerbangan, boleh menggunakan keretapi.

Keretapi dari Delhi ke Jammu sahaja,
RS 400 seorang (termasuk return ticket ke delhi dari Jammu)

KERETAPI HANYA KE JAMMU SAHAJA. Untuk ke Kashmir dari Jammu perlu menaiki bas awam.
Tiket bas adalah RS 600 seorang untuk sehala.

BAS
bas dari Delhi ke Jammu dan transit ke Srinagar, Kashmir.
Delhi-Jammu : Rs 800
Jammu-Srinagar, Kashmir : Rs 600
(harga tiket seorang untuk sehala)

KENDERAAN PERSEORANGAN
Anda boleh menggunakan kenderaan persendirian mengikut kesesuaian anda.
Pilih antara anda mahu menggunakan khidmat agen berserta pakej atau anda sewa kereta bersama pemandu tetapi mengikut plan anda sendiri.

Harga sebuah kereta 5 penumpang (sedan):
jenis kereta : TATA Indigo
kapasiti : 5 orang (4 org penumpang, seorang pemandu)
harga sebuah kereta : Rs 25 000.
*harga adalah meliputi pergi, pusing-pusing kashmir selama 5 hari dan pulang semula ke Delhi.
tips : 5% dari harga sewaan.

bayaran tiap seorang anggaran ialah Rs 5300 (4 orang satu kereta).

untuk Total, sy ambil contoh dari perjalanan kami.

  1. flight return bangalore-delhi 
  2. sewa kereta persendirian 
  3. pulang dari Kashmir dengan flight (rs 3500 sehala)
total : anggaran rs 20 000 seorang~


TEMPAT MENGINAP

HOTEL
kira-kira Rs 2000 semalam di Srinagar. Boleh memuatkan 4 orang
(Rs 500 seorang)

BOT HOUSE 
ini adalah tarikan di srinagar.
harga dari Rs 200 seorang/semalam.

MAKANAN

makanan non-veg di Srinagar agak mahal berbanding Delhi atau Bangalore.
Contoh : Tandoori Chicken di Bangalore ialah Rs180 seekor berbanding Rs380 di Srinagar,

jadi, terpulang kpd kebijaksanaan anda utk memilih makanan yang sesuai untuk dimakan.

secara asasnya, semua adalah seperti dipamerkan di atas.

perhatian
jika anda tidak mengambil kenderaan persendirian/sewa dari Delhi (menaiki flight terus ke srinagar sebagai contoh), kenderaan di Srinagar, Kashmir adalah pada harga berbeza. Anda boleh dapatkan agen di sekitar Srinagar untuk menyewa kenderaan. Harga boleh dirunding mengikut jenis/kesesuaian kereta.

contoh :
TATA Indigo (5 pax) pada kadar Rs 1300 sehari untuk perjalanan sekitar srinagar.

sekian~


next posting : MASA PERJALANAN~


4 comments:

  1. thanks bro>>>
    hehe i'm going following your step next insha Allah..
    keep up your travel log..
    insha Allah..sth can we learn..
    ...kembara mencari diri..dan mencari Illahi...

    P/s:- my tulips :P

    ReplyDelete
  2. hmm2. baiklah..^^,
    thnxs 4 visiting..=)

    ReplyDelete
  3. salam..saya nk tanya..berapa ja kalau naik train dan bas dr delhi ke jammu?tq

    ReplyDelete
  4. Informative blog! it was very useful for me.Thanks for sharing. Do share more ideas regularly.
    Village Talkies a top-quality professional corporate video production company in Bangalore and also best explainer video company in Bangalore & animation video makers in Bangalore, Chennai, India & Maryland, Baltimore, USA provides Corporate & Brand films, Promotional, Marketing videos & Training videos, Product demo videos, Employee videos, Product video explainers, eLearning videos, 2d Animation, 3d Animation, Motion Graphics, Whiteboard Explainer videos Client Testimonial Videos, Video Presentation and more for all start-ups, industries, and corporate companies. From scripting to corporate video production services, explainer & 3d, 2d animation video production , our solutions are customized to your budget, timeline, and to meet the company goals and objectives.
    As a best video production company in Bangalore, we produce quality and creative videos to our clients.

    ReplyDelete